var txt=" islam itu sanggat indah "; var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt; txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0); segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak(); hAsrIaNieB_gaDiesEyndah: July 2012

Friday 27 July 2012

alan.wasahlan KTD...jodh kta sbg sahabat &saudara..pertemuan ptama kta d lpNGn terbang tlah myakinkan Adq bahawa dlam kta serombongan arie 2 mesti ini lah sahabat & saudara Q kelak tika AQ jauh meantaw menjadi musafir d ngara org..ADQ x kn  skuat skarang law kkak x da.ADQ x kan skuat skarang law kkak x bg nasihat & kata2 yg dpt mnasihati adQ..perhatian.nasihat.kasi cyung kkak mngubat rndu adq kat kwarga yg jaw..cYUnk kkak dmi AllaH. .. smoga kita kkal bersaudra biar pon kta akan bpisah 1 arie klak..ingat kmi dlam doa kkak.....................................................................................................................................................................aminnnnnnnnnnnnnnnnnn.......................................................

pesanan ini ku tulis buat diriku dan drimu shbt yg d syngi.. (atie n kecik)
"Duhai mawar berduri yg b'iman ptuskan lah cintamu dgn sgala cinta palsu yg d murkai Ilahi.. ikatkan hati mu pd cinta agung nan hakiki..lupakanlah sgala kgundahan.. ubatilah rsah d hati dgn dkatkan drimu pd Ilahi..nescaya cnta psngan soleh n solehah akn kau miliki..yakinlah pd pgharapn Ilahi Rabbi.....
SELAMAT BERJUANG MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH...

..**sayang abah**...
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

✔ Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

✔ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

✔ Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

✔ Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

✔ Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

✔ Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

✔ Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

✔ Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

✔ Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

✔ Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah silalah LIKE&SHARE ♥

to My FrieNs


asAlamuaLaikum saHabatq. .
moga persahabatan kTa berempat kekAl selaMANYA . . WISH kTa beRjaya lam hdop kta, dPt caPai pa yng kTa impikan seLama ney
uiKK q sbgai saHabaT naK mNTa maAaf lau q baNyak waT salah ma koe erkk. . banyak klmahanQ selama kita bkwN ..  aQu saYang koe tie . . aKu rasa sangaT bersyukur bab dprtemukan sahbat sebaik koe, moga kita biPAr tie , , hehehe
aKu saYang koe krna ALLAH . . tie nty lau kat KTD da q araP koe dpT tegur aku lau q da waT slh ke, pa2x lah. . . love u fiLlah . . aqU SANGAT menyayaNgi peRsahabatan kita, aqU arap tak da Krisis daLam kita bersaHabat . . misZ u fillah aTiq saYunk <doaku sentiasa mengiringimu sahabatq>
         (^.^) muUUaaAHHh
aTie, chik, tHiena, aDeq  
buaian nafas dunia amatlah indah bila dinikmati.. segala yg diingini ada pada hari ini.. tapi adakalanya kita sering merungut sesudah berlakunya taufan yang membawa kebahagianmu pergi..mengapa?bukankah kamu tahu bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya?adakah kamu tidak tahu bahwa ujian itu satu kemanisan bagimu kerna masih dicintai ALLAH?nah,fikirlah sejenak,adakah kamu lupa bahwa kamu pernah merasai kebahagiaa,kesedihan yang hanya sedikit?tidakkah kamu perasan sedikitpun tentang ujian yg sementara itu?kita diberi setiap cubaan dan ujian kerna ALLAH S.W.T. itu mahu melihat kesabaran hatimu..dan apabila kamu berjaya harungi kesabaran itu dengan penuh kesyukuran kerna masih diberikan nyawa,maka kamu telah layak mendapat naungan rahmat dan cinta ALLAH buat dirimu..makna ujian itu bukanlah satu bebanan yg harus dipikul sehingga kamu tidak mampu menyelesaikannya,tetapi ingatlah bahwa ALLAH tidak akan menzalimi hamba2nya dengan ujian dan bebanan yang berat..sesungguhnya tiada satu masalah dan bebanan yang tidak dapat diselesaikan oleh manusia itu sendiri..dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..aku sendiri pernah merasa tekanan apabila menghadapi suatu ujian..kehilangan,kesempitan dan sebagainya..pada mulanya aku seperti mahu mengalah..tetapi kita semua tahu mengalah dan berputus asa bukanlah jalan yang baik..jadi harusnya kita berfikir bagaimana caranya mahu mngatasi cobaan tersebut..sesungguhnya ALLAH suka pada orang yang berusaha dan terus berusaha,berdo'a dan terus berdo'a kerna ALLAH S.W.T. maha kaya maha pemurah dan maha pengasih pd hamba2nya yang mahu mentaatiNya..dan setiap apa yang kita minta dan setiap apa yang kita rintihkan pd ALLAH,ALLAH mendengar kata2 kita semua..yakinlah bahwa Dia selalu dekat dengan kita..yakinlah bahwa Dialah kekasih kita yang sejati dan lebih setia pada kita..alangkah bahagianya hatiku ini jika aku dapat merasakan nikmat cinta yang sebenar dr ALLAH..T T...ingatlah wahai sahabat2ku,sesungguhnya ALLAH lah sebaik2 tempat mengadu dan berlindung..wallahua'lam..

coretan hatiku buat sahabat-sahabatku yang ku cintai kerna ALLAH..:)
sYukur aLhamdulilah keRAna ALLAh masIh meNgurniakan NikmaT imAN daN iSlam kePAda saYA n seMUanYa. . . .
aLhamdUlilah seKarang da maSuk Puasa yAng ke7. .  aLhamdulilah sYukur kEpada ALLAh

ada oRang yang taK semPAt naK masUk pUasa ke 1 . .  Kita SepaTutnya bersYukur kePAda ALLAH
kiTA haRusLAh meNgamBil peLuang Yang ada paDA BuLAn raMadhan iNI. . 

gUnakan Lah masa YAng ada ney. .  Untuk meMbuaT kebaIka.
kejAR lah seMUanya yaNg ALLAH redhoi. .  

diBulan raMadhan Ini, saMA2xLAh Kita MemBuat perubaHan kePada dIri kiTA semu. . .
ADALAH SANGGAT RUGI KEPADA SESEORANG ITU APABILA DIBULAN RAMADHAN TIADA PERUBAHAN DIDALAM DIRINYA. . . .

kaDAng2x. .  baNyak kesILapan yang Kerap Kita lakukan daLam bULan raMdhan ney . .  coNtohnya

 ~ maKAn dan minum dengaN bebassetelah baTal pUasa denGan sengaja (bUkan keraNa sebab2x yang    Kukuh)
~ TidaK menunaIkan sOlat ketIka berPuasa.
~ Makan saHur diwaKtu teNgah maLAm keRANA MaLas bangun dia aKhir maLAm
~ mempeRbanyakkan Tidur disiAng haRi dengan aLAsan ianyA saTu iBadat
~ TidaK memPerbanyakKan berdOa taKaLA berPuas daN berBuka
~ MengangaP waKtu imsaK sebagai laMpU meraH bagi saHur.

ada Banyak lagi kesiLApan yaNg seRing kIta laKukan . .
so . .  saMa2x lah Kita memPerbaiki diri kiTA . .
seMoga bULan raMdhan ini , kIta memperOlehi aPA yang KiTa Impikan
~ RAMADHAN KAREEM~
Sahabatku...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu 
akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah 
aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan
debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,
maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah,
Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat menjawabnya....Maka kesempatan Ramadhan saat ini
adalah waktu yang tepat untuk memperindah kubur kita nanti...

Thursday 26 July 2012

MENANGIS


MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.......ADAKAH
TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA.......

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)



Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat,
seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonankering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara
jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga
atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat
ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

semoga yg terbaca ni dpt tau yg mane baik dan mane yg buruk....insya-allah
 
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya
sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam
keluarga Kristian.
Bapa
saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah
gereja disatu kawasan di
Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak
mula
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha
kami mendapat sokongan
penuh
kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam
berbagai program. Selalunya
program
khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai
sekitar
RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk
membantu orang kampong.
Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan
bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit
secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekol ah
dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya
dengan beberapa kali
kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan
mereka. Paling berbaloi
kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari
kalangan intelek.
Hasilnya
kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam
yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam
persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran
Agama
Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa
hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3.
Sewaktu tingkatan 4 saya
belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil
pelajaran Agama
Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan
memmudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan
yang saya kira tidak
mampu
dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari
sewaktu tingkatan Enam
bawah,saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar
saya(saya panggil cikgu).
"cikgu
saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak
sesuai dikelas ini, bolehke
saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa
rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara
ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama
Kristian,agama saya". saya
kemukakan
beberapa persoalan, antaranya;- -

Mengapa orang Islam sembah kaabah -
Sebenarnya semua agama sama sahaja.
Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama
langit.

-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun
bersama Iman Mahadi
membebaskan
kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi
Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang
Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu
mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab
pertanyaan saya dan
kawan-kawan
dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati
akal. Kemudian saya
dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
saya menjawab secara
tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan
dosa manusia lain.persoalan
ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep
ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan
beberapa orang
paderi,kawan-kawan
bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa
ustaz itu kerumah saya
dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak
mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh
ustaz itu. Sebaik ustaz itu
pulang, bapa saya memarahi saya kerana
bawa 'orang malaya' datang
kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping
mengulangkaji
saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan
ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang
berjubah. Seorang berjubah
hitam membawa salib. Seorang berjubah putih
membawa bendera bertulisan
jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan.
Yang
berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik
saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati
yang berjubah hitam
semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya
mendengar suara azan dan
ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"
mengapa Johanis....awak
mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya
katakan,"Cikgu Islamkan
saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk
dia uruskan dengan
pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah,saya
lihat
pakaian say a bertabur diluar rumah. Rupanya bapa
saya telah tahu.
Sebaik
melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar
semula dengan mengacu
senapang
ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan
peluru senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai
sepinggang. Tinggalkan keluarga
saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi
sekejap rumah ustaz sebelum
saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar
di
Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan
saya
Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk
Islam, tetapi mengikuti
kumpulan
Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran
lagu
koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula
Maahad Tahfiz. Alhamdulillah
saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan
Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di
Negeri Sembilan, Melaka dan
Pahang. Tak sampai setahun saya letak
jawatan.Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit
over time. Saya rasa
tiada
keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin
membilas dosa lalu. Saya
telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu
berjuang untuk
mengIslamkan
seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas
meninggalkan rumah dan belajar di
PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik
beradik saya. Saya
katakan
jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya
sayang emak.saya sayang
adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak
dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya,
saya hantarkan buku-buku
yang
sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya
telefon. 7 tahun saya
hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana
rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad
Tahfiz, bagaikan halilintar
saya
mendapat berita........ Ayah saya menganut
Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu.
Saya menangis dan
menangis.
Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata
saya menjadi terlalu
murah....saya terus menangis...saya pejamkan
mata...saya bayangkan ayah
dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis
bersama........Ya
Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk
Islam turut dirasai oleh
ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh
pihak gereja. Kini saya
pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam
hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran
dan sunnah Rasul. Kita
ambil
sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita
ambil contah
pelaksanaan
hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan
nak menentang
pelaksanaanya.
Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat
Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa
orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah
saya,"You apa
tahu...Islampun
baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau
ini sikap pendakwah
saya
tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu
Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa
Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk
tujuan dakwah ini,untuk
bergerak
perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian.
saya juga diancam oleh
umat
Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan
Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar
berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi
sukarnya bila Umat Islam
sendiri
menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha
yang agak ketara ialah
di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum
muslimah,pura-pura nak belajar
Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang
pura-pura masuk
Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi
banyak IPT. Saya paling
bimbang
di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya
Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk
memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita
terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi
oleh paderi
termasuk
Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita
dulu. Kalau terminum,
cari
air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 qul 1x, dan
selawat. Ambil sebaha gian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
insyaAllah.


tolong fowardkan demi islam... demi agama yang
tercinta insyaallah...

HATI SEORANG AYAH


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."
Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.
Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit?"
Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."
Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?
Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai
jawapan rasa kebingungannya selama ini.
"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
pula untuk melindungi seluruh keluarganya."
"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".
"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."
"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."
"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."
"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."
Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
p/s: Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin